postimage

♥Hot Stuff♥




Salam semua..

Blog ni dalam proses RENOVATION!!

TQ kepada semua Blog walker yg sudi melawat page sy ni..

Nantikan kemunculan baru kisah blog ni..:)

♥Varianz Band♥




VARIANZ merupakan sebuah kumpulan nasyid yang sedang meningkat naik dengan lagu Pergilah Dunia & Lagu Cinta yang sering kedengaran di radio IKIM dan Nasyeed.com serta mendapat undian untuk menduduki tempat di dalam carta.
Kumpulan ini dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Mas, Shakir,Zairy,Khairy,Shafariz & Fahmi yang mana masing-masing mempunyai bakat dalam bidang nyanyian sejak di bangku sekolah lagi.
Ditubuhkan pada tahun 2003 hasil gabungan mahasiswa dari beberapa IPT (UiTM, UIAM & OPEN University).
Sepanjang pembabitan Varianz di Universiti, Varianz telah menyertai beberapa pertandingan dan persembahan peringkat IPTA seperti:
o       Festival Nasyid Ibnu Sina (FINALIS’05), Universiti Malaya – Johan
o       Pertandingan Nasyid UiTM sempena Maal Hijrah – Johan
o       Pertandingan Nasyid antara Kolej UiTM – Johan
o       Pertandingan Nasyid Maal Hijrah IPTA di KUIS – Saguhati
o       Persembahan di UiTM, UM, UIAM, IIC, Kolej Baitulmal, Muzik-muzik TV3, Malam Ini… (TV9), Aidilfitri Di TV9, SuaRasa TV9, RTM dan banyak lagi serta yang terbaru artis jemputan di Malaysia Hari Ini (MHI) TV3.
Varianz pernah menjadi penyanyi latar untuk Mirwana, Alwi al-Haddad dan Nazrey Johani dalam beberapa siri persembahan nasyid di sekitar ibu kota. Disamping itu, kumpulan ini sangat bertuah apabila mendapat tunjuk ajar secara terus daripada Hafiz Hamidun, Mirwana, Brothers, Yasin, Firdaus Mahmud, Achik (professional percussionist), Bard Stellar, Belle Fatah & Along Exist
Kelebihan yang ada pada Varianz ialah lirik dan lagu dalam album sulung mereka Dunia Baru Varianz adalah hasil ciptaan mereka sendiri dan disusun oleh composer yang terkenal. Syabas dan tahniah buat kumpulan Varianz!Semoga dengan kehadiran mereka di persada muzik tanah air dapat mewarnakan lagi industri ini disamping mendidik masyarakat dengan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam lirik mereka.

Genre: Islamic Pop
Album: VARIANZ - Dunia Baru
Artist: VARIANZ
Members: Mas, Shakir,Shafariz, Khairi, Zairy & Fahmi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cute Plant Dancing Kaoani